04 January 2010

Organic Agriculture

Check out this SlideShare Presentation:

11 4 Vermicomposting

Check out this SlideShare Presentation:

Vermi&Cf

Check out this SlideShare Presentation:

Vermiposting

Check out this SlideShare Presentation:

Vermiculture

Check out this SlideShare Presentation:

02 June 2009

PROMOSI PEKEBUN-PEKEBUN SAYURAN & PELADANG-PELADANG KECIL JOHOR & MELAKA

PROMOSI KHAS ORGANIK JKE

KEPADA SEMUA PEKEBUN-PEKEBUN SAYUR-SAYURAN DAN PELADANG-PELADANG KECIL YANG BERMINAT MENDAPATKAN BEKALAN BAJA ORGANIK YANG DIHASILKAN SECARA VERMIKULTUR.

PROMOSI JKE 1

Harga Promosi Baja : RM1.50/Kg (TERMASUK KOS PENGHANTARAN - MELAKA & JOHOR)
Tempahan Minima : 1,000Kg - 2,500Kg
PROMOSI JKE 2
Harga Promosi Baja : RM1.30/Kg (TERMASUK KOS PENGHANTARAN - MELAKA & JOHOR)
Tempahan Minima : 2,550Kg - 5,000Kg

PROMOSI JKE 3
Harga Promosi Baja : RM1.10/Kg (TERMASUK KOS PENGHANTARAN - MELAKA & JOHOR)
Tempahan Minima : 5,000Kg - 10,000Kg

Hubungi Kami Segera : 012-7292831 / 019-7508525 / 013-7622115
TEMPOH PROMOSI ADALAH TERHAD!

13 May 2009

Jasa Klasik Enterprise


Jasa Klasik Enterprise adalah sebuah organisasi Agro Tani yang memberikan perkhidmatan pembekalan baja organik cacing atau vermikompos serta pembekalan medium cacing. Sebuah syarikat yang beroperasi di Muar, Johor ini telah menceburi bidang ternakan cacing semenjak tahun 2008.

Perniagaan kami berfokus kepada :-
  1. Penyediaan dan pembekalan baja organik cacing atau 'vermikompos'.

  2. Penyediaan dan pembekalan medium atau makanan cacing.

  3. Pengurusan ladang tanaman organik.

  4. Penyelidikan dan pembangunan ternakan dan tanaman.

Pengenalan

Kerajaan telah menyatakan hasrat dan arah tuju negara untuk menjadikan sektor pertanian dan penternakan sebagai pemacu ekonomi negara. Slogan “PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN” telah banyak kita lihat samada di media-media cetak atau media-media elektronik di seluruh negara. Sektor pertanian dan penternakan telah mula banyak memberikan aspirasi kepada masyarakat untuk menceburi bidang perniagaan pertanian. Antara perniagaan yang membabitkan pertanian yang semakin diperkatakan umum ialah industri penternakan cacing organik atau cacing kompos kerana industri ini menjanjikan hasil lumayan berbanding modal yang dikeluarkan.

Teknologi pertanian yang semakin pesat telah menemui kegunaan cacing yang dulu lazim dilabelkan sebagai haiwan yang jijik dan selalunya hanaya digunakan pemancing sebagai umpan, manakala petani pula menggunakannya sebagai tujuan menggembur serta menyeburkan tanah. Selaras dengan itu, pada tahun 1998 kerajaan telah menjadikan Pusat Pertanian Tambun Tulang, Perlis sebagai “Pusat Pemerhatian dan Pembiakan Cacing Tanah” dengan tujuan untuk menambahbaik dan menyebarkan teknologi cacing tanah di negara ini.

Kajian daripada sebuah universiti tempatan iaitu Universiti Sains Malaysia telah mendapati bahawa selain daripada kegunaan cacing sebagai agen penggembur tanah, ia turut menghasilkan baja organik dalam bentuk pepejal dan cecair. Ianya berpotensi menjadi penyubur tumbuhan sayuran berdaun, tanaman hiasan dan tanaman-tanaman lain seperti pokok kelapa sawit dan lain-lain lagi. Universiti Sains Malaysia juga turut memiliki Rumah Cacing (Worm Farm House) sendiri yang menternak Cacing Harimau secara komersial sejak hampir 4 tahun lalu. Projek tersebut dikendalikan dibawah Dr. Hasnah Binti Md Jais daripada Pusat Pengajian Biologi dengan dibantu Naib Canselor USM sendiri iaitu Prof. Datuk Dzulkifli Bin Abdul Razak dan Unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) USM.

Kini fungsi cacing yang kaya dengan protein dengan 30 jenis nutrien, 20 jenis enzim dan asid amino telah diperluaskan kepada bidang kosmetik dan perubatan. Bijiran soya yang terkenal kerana mengandungi protein yang tinggi mempunyai 30% zat protein tetapi cacing kompos mempunyai zat protein sehingga 65%.Kesannya, harga cacing kini tinggi di pasaran global dan permintaannya yang tinggi juga mendorong banyak pihak menternaknya secara komersial. Terdapat kira-kira 1,800 jenis cacing di dunia namun hanya 4 jenis cacing yang popular dan boleh dikomersialkan untuk tujuan perniagaan iaitu :-
1. Cacing Merah (Lumbricus Rubellus @ Pheretima)
2. Cacing Biru (Perionyx Excavatus)
3. Cacing Harimau (Eisenia Fetida)
4. Cacing Malam / Night Crawler (Eudrilus Eugeniae)

Di Amerika Syarikat, Jepun, China, Filipina, Taiwan, Korea serta beberapa negara Eropah seperti Ukraine dan Russia, cacing sudah banyak digunakan sebagai bahan untuk membuat ubat, kosmetik dan pengurai sampah. Bahkan ada yang menjadikannya sebagai makanan manusia. Perangkaan menunjukkan China sebagai negara pengguna yang terbesar, memerlukan lebih 500 tan cacing kompos sebulan bagi tujuan perubatan dan kosmetik manakala Jepun memerlukan lebih 1 tan seminggu bagi tujuan sama.

Jelas pada kita, potensi pasaran industri ternakan cacing kompos atau organik amat tinggi samada bagi pasaran domestik mahupun pasaran global. Disamping itu, kerajaan turut menyatakan hasrat dan langkah bagi menghentikan penggunaan baja kimia sepenuhnya dan menggantikannya dengan baja organik menjelang tahun 2012 nanti.